Pengenalan
Penjajahan Barat di negara kita bermula sejak 400 tahun yang lampau dan masyarakat negara ini telah lama terdedah dengan budaya Barat. Masyarakat kita ketika itu mempunyai jati diri yang utuh dan pegangan yang kuat terhadap adat resam dan budaya sendiri sehingga mampu mengekang budaya Barat daripada meresap ke dalam budaya dan kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, budaya negatif Barat kini menjadi ikutan masyarakat negara ini, terutama generasi muda. Antara budaya negatif Barat yang telah menular di Malaysia adalah seperti punk,black metal,fesyen barat dan hedonisme.
Definisi
Pengaruh barat secara umumnya boleh didefinisikan sebagai gerakan pembaratan dan penjajahan fikiran yang dilancarkan kepada sesebuah negara yang mempunyai tujuan yang nyata iaitu menundukkan negara itu kepada kuasa imperialis dengan meleburkan nilai-nilai, memesongkan pengertian agama dan memusnahkan tunjang dan asas-asas penting yang menjadi amalan dan pembentukan keperibadian seseorang.
Pengaruh barat secara umumnya boleh didefinisikan sebagai gerakan pembaratan dan penjajahan fikiran yang dilancarkan kepada sesebuah negara yang mempunyai tujuan yang nyata iaitu menundukkan negara itu kepada kuasa imperialis dengan meleburkan nilai-nilai, memesongkan pengertian agama dan memusnahkan tunjang dan asas-asas penting yang menjadi amalan dan pembentukan keperibadian seseorang.
a) Punk
Budaya punk telah mula sejak sekitar tahun 1970-an dan popular di ibu kota negara-negara besar seperti New york dan London. Budaya ini merupakan subbudaya daripada muzik rock yang pada asalnya berunsurkan politik berhaluan kiri. Namun, budaya ini telah berkembang menjadi satu budaya yang dapat didefinisikan melalui fesyen,muzik,kelakuan dan dikaitkan dengan kegelapan dan berunsurkan pemberontakan. Pengikut punk mempunyai personaliti yang berbeza dan dapat dilihat dari segi pemakaian dan kelakuan. Mereka memakai pakaian serba hitam, berseluar ketat dan gaya rambut mengikut potongan Mohawk yang diwarnakan dengan pelbagai warna. Dari segi kelakuan, mereka sering bertindak ganas, suka memberontak dan agresif.
Contoh budaya punk :
b) Black metal
Black metal didefisikan sebagai kumpulan muzik yang mengadakan persembahan separuh gila, menggunakan seni kata yang sukar difahami, berunsurkan lucah dan kesyaitanan, berpakaian ala syaitan dan hantu serta lirik-lirik lagu yang mempunyai unsur-unsur pemujaan iblis dan roh. Kumpulan Black metal ini mempunyai simbol mereka iaitu berbentuk tatu salib terbalik yang dibuat daripada gurisan duit syiling yang tersendiri sebagai pengenalan mereka ke dalam kumpulan tersebut. Selain daripada itu juga ahli yang menyertai kumpulan ini dikenakan syarat iaitu memakai pakaian serba hitam, membakar duit syiling 50 sen lalu digariskan di dagu dan mengenakan tatu bintang berbucu lima. Setiap bucu bintang itu mempunyai maksud seperti dewa, syaitan manusia, tuhan serta alam ghaib dan alam nyata. Bucu bintang itu juga bermaksud api, air, angin, tanah dan udara.
Contoh budaya black metal :
c) Fesyen Barat
Golongan belia pada hari ini lebih memilih untuk untuk mengenakan fesyen ala Barat seperti memakai skirt pendek, berseluar jeans ketat dan berpakaian jarang serta tidak menutup aurat. Fesyen Barat tidak menitikberatkan maruah si pemakainya, berbeza dengan fesyen tradisional masyarakat tempatan yang penuh dengan kesopanan. Pemakaian seperti itu, boleh mengundang kepada perkara-perkara yang tidak baik seperti cabul,gangguan seksual dan rogol.
Contoh pakaian budaya barat :
d) Hedonisme
Hedonisme ialah istilah Greek, iaitu 'hedone' yang bermaksud keseronokan,kelazatan dan kegembiraan. Mereka yang mendokong pegangan ini beranggapan bahawa kesenangan dan kenikmatan ialah tujuan utama dalam kehidupan. Secara kontekstualnya pula, budaya hedonisme membawa maksud gaya hidup yang hanya mengejar keseronokan semata-mata. Mereka sanggup mengenepikan pegangan agama semata-mata untuk mencapai keseronokan dan menolak segala bentuk penderitaan, kesakitan, dan kepayahan. Kehidupan mereka hanya melibatkan hiburan seperti karaoke, konsert, parti dan sebagainya.
Contoh budaya hedonisme :
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, Berbagai krisis akhlak dan moral terus menular, merebak dan menjadi wabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Jenis-jenis budaya yang diperkatakan di atas merupakan budaya yang menjadi ikutan remaja dan masyarakat timur hari ini. Remaja yang diperkatakan kini sudah hilang pegangan agama dan jauh terpesong daripada budaya ketimuran yang diangkat oleh masyarakat sejak berkurun lagi. Ternyata pendidikan moral masih belum cukup untuk menangani isu budaya sosial ini. Pelbagai pihak perlu mengambil langkah dari sekarang bagi membendung budaya negatif ini daripada terus menular dan menjadi ikutan genarasi akan datang.
Oleh :
Koshik Raj a/l Silvadawson(10dls16f2018), Sankar a/l Samimugam(10dls16f2087), Navinraj a/l Gobu(10dls16f2088), Rusban a/l Amaresan(10dls16f2068, Sathiaseelan a/l Ramu(10dpm16f2054)
👍
ReplyDeleteCun la bro, its helping me so much presentation. Thank you ,bros
ReplyDeleteokay bro
DeleteGrand Theft Auto III: The Lost Legacy - Mapyro
ReplyDeleteView 화성 출장마사지 detailed information 보령 출장샵 and 춘천 출장샵 road conditions for Grand Theft Auto III: The Lost Legacy in GTAV: The 창원 출장안마 Lost Legacy (game map), including 충주 출장마사지 the route,